Sunday, March 31, 2013

A shocking number

0 Comment
I need to drastically change start today, i knew i was overweight.After so many times of trying every diet plan: Atkins,skip dinner,slimming products but never achieved any of goals.I began to realize that my weight seemed to be getting higher & higher in the middle of university life.I didn't think anything about it (weight gain) & i continued to eat what i love to eat and ignoring about what calories,sugar,carbohydrates could be doing to my BMI.I've discover a new diet plan that maybe really work:Low Calories Diet.A Low Calories Diet Plan is usually used to achieved weight loss with reducing calorie intake.Setting a daily calories intake will allow us to be more conscious of many calories we consume per day.I have been using online food diary Lose It! ,easier for me to record what i have eaten & how many calories should i consume.Its easily track my daily calories intake by adding foods to the diary & the program will tell whether under or over my daily calorie budget.So, I am on a journey to lose weight!

Wednesday, March 20, 2013

Bersenam

0 Comment
Semalam, saya telah kembali melakukan aktiviti sihat yang telah lama saya tinggalkan iaitu joging dan berjalan kaki.Tetapi saya hanya mampu berjoging selama 10 minit sahaja & selebihnya saya hanya berjalan kaki.
Ini adalah antara kemudahan yang disediakan di taman ini:-
Selain trek untuk berjoging & berjalan, disini juga ada disediakan trek batu refleksologi untuk kita melakukan sendiri urutan refeleksologi.Sepatutnya, lebih baik berkaki ayam tapi sebab malas nak bukak stokin pijak saja tapi tetap rasa sakit.Ada orang kata kalau sakit berjalan atas batu ini tandanya banyak penyakit tetapi belum dapat dibuktikan kesahihannya.Ini juga adalah salah satu kaedah perubatan kuno kerana orang zaman dahulu melakukan refleksologi dengan berjalan di atas batu kerikil @ batu kasar untuk mengembalikan dan mengekalkan  keseimbangan badan.
Di rumah saya menyambung lagi senaman dengan membuat sit-up selama lebih kurang 15minit.




Monday, March 18, 2013

Faedah Berjalan Kaki

0 Comment
Saya adalah seorang pejalan kaki tegar, bukan kerana tiada kereta untuk dibawa berjalan tetapi disebabkan memang saya suka jalan kaki. Ini adalah daripada pengaruh sewaktu belajar di universiti dulu kerana pihak universiti sering menganjurkan aktiviti sihat seperti berjalan kaki menyusuri bandar Kangar sekurang-kurangnya 10km.Berjalan kaki adala satu senaman yang mudah dan selamat serta boleh dilakukan samaada di pejabat, rumah ataupun pasaraya.Mengamalkan aktiviti sihat ini memberikan kita banyak faedah seperti:-

  • menyihatkan jantung dan merendahkan paras kolestrol
  • mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • mengurangkan risiko penyakit kencing manis kerana dengan berjalan badan kita dapat memproses gula dengan baik dan melancarkan peredaran darah
  • mengawal berat badan dan membantu mebentuk tubuh badan menjadi lebih menarik
Banyak cara yang boleh dilakukan untuk kita melakukan senaman ini, cuma yang penting adalah diri kita samaada mahu atau tidak sahaja:-
  • bagi pekerja yang memerlukan mereka hanya untuk duduk sahaja sepanjang masa bangunlah sekali sekala contohnya berjalan ke tandas atau pantri
  • letakkan kenderaan anda jauh sedikit dari tempat yang ingin dituju
  • jika mahu ke kedai  atau masjid yang jaraknya dekat sahaja dengan rumah tidak perlulah menaiki kenderaan
  • bawalah keluarga berjalan-jalan di taman rekreasi pada hujung minggu
Pihak kerajaan juga menyokong aktiviti sihat ini kerana pada 17/3/2013  Purple Walk telah dianjurkan serentak di seluruh Malaysia.Saya memang teringin sangat ingin menyertai aktiviti ini tetapi sayangnya ianya jatuh pada hari berkerja.






     

    simple and not ugly Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template