Monday, March 18, 2013

Faedah Berjalan Kaki

Saya adalah seorang pejalan kaki tegar, bukan kerana tiada kereta untuk dibawa berjalan tetapi disebabkan memang saya suka jalan kaki. Ini adalah daripada pengaruh sewaktu belajar di universiti dulu kerana pihak universiti sering menganjurkan aktiviti sihat seperti berjalan kaki menyusuri bandar Kangar sekurang-kurangnya 10km.Berjalan kaki adala satu senaman yang mudah dan selamat serta boleh dilakukan samaada di pejabat, rumah ataupun pasaraya.Mengamalkan aktiviti sihat ini memberikan kita banyak faedah seperti:-

  • menyihatkan jantung dan merendahkan paras kolestrol
  • mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • mengurangkan risiko penyakit kencing manis kerana dengan berjalan badan kita dapat memproses gula dengan baik dan melancarkan peredaran darah
  • mengawal berat badan dan membantu mebentuk tubuh badan menjadi lebih menarik
Banyak cara yang boleh dilakukan untuk kita melakukan senaman ini, cuma yang penting adalah diri kita samaada mahu atau tidak sahaja:-
  • bagi pekerja yang memerlukan mereka hanya untuk duduk sahaja sepanjang masa bangunlah sekali sekala contohnya berjalan ke tandas atau pantri
  • letakkan kenderaan anda jauh sedikit dari tempat yang ingin dituju
  • jika mahu ke kedai  atau masjid yang jaraknya dekat sahaja dengan rumah tidak perlulah menaiki kenderaan
  • bawalah keluarga berjalan-jalan di taman rekreasi pada hujung minggu
Pihak kerajaan juga menyokong aktiviti sihat ini kerana pada 17/3/2013  Purple Walk telah dianjurkan serentak di seluruh Malaysia.Saya memang teringin sangat ingin menyertai aktiviti ini tetapi sayangnya ianya jatuh pada hari berkerja.






    0 Comment:

    Post a Comment

     

    simple and not ugly Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template