Wednesday, October 9, 2013

Gigi!

Disebabkan sudah 4 tahun tidak mengunjungi klinik gigi,inilah yang telah terjadi kepada gigi aku.Plak@karang gigi terbentuk semula dibahagian depan gigi,biasanya di kawasan gigi depan ini bermasalah mungkin disebabkan kita biasanya banyak mengunyah makanan di sini.Untuk mengelakkan masalah menjadi lebih besar,aku membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor gigi kerana benda ni tak boleh hilang dengan hanya memberus gigi setiap hari.Jadi aku telah membuat rawatan scalling @ cuci gigi di Klinik Azie kerana 4 tahun lepas aku pernah mendapatkan rawatan kat sini.Jadi tak perlu nak bazirkan RM10 nak daftar klinik lain.Bila doktor periksa gigi aku, dia kata gigi aku ok & bebas masalah gingivitis cuma yang karang gigi di bahagian depan tu aje.Doktor ambil masa sekejap saja, lebih kurang 15minit untuk cuci segala kekotoran dan inilah hasilnya selepas rawatan.Gigi dah bersih!
Harga untuk rawatan scalling di klinik ini ialah RM60.Kalau pergi klinik kerajaan rasanya RM3 aje tapi tak sanggup nak berjanggut menunggu.
Jadi bila gigi dah bersih, mesti nak bagi dia kelihatan putih beseri pulak kan.Selepas terpengaruh dengan iklan di TV pasal ubat gigi pemutihan Darlie Expert White rasa nak cuba sebab sebelum ni guna ubat gigi Darlie All Shiny White.Harga RM8.90 beli di Mydin Mall Kuala Terengganu.
Ini gambar perbandingan sebelum & selepas memberus gigi menggunakan Darlie Expert White.
Gambar diambil menggunakan kamera telefon & ditempat yang sama iaitu di meja pejabat. 
-sebelum-
-selepas-
Tips menjaga gigi.
  1. Memberus gigi secara teratur sekurang-kurangnya dua kali sehari.Ada tak orang malas gosok gigi sampai 2-3 hari.Pastikan memberus gigi dengan cara yang betul dengan gerakan dari atas ke bawah.Boleh dipertimbangkan untuk menggunakan berus gigi berbateri@elektrik kerana ianya lebih efektif membersihkan gigi.
  2. Berkumur dengan mouthwash yang mengandungi plax kerana kajian menunjukkan 30 saat berkumur dengan mouthwash dapat membantu menghilangkan plak.Ikut sukalah nak guna brand apapun tapi cuba cari yang mengandung plax.
  3. Menggunakan benang flossing dapat menghilangkan plak yang berada dicelah gigi yang tidak dicapai semasa memberus gigi.Jangan time daging lekat kat celah gigi baru nak floss,seeloknya floss lah setiap hari sebelum gosok gigi.
  4. Berjumpalah dengan doktor gigi anda sekurangnya 6 bulan sekali.Jangan tunggu sakit baru nak pergi! kerana doktor gigi saja yang boleh melakukan rawatan biala karang gigi dah banyak dan melekat di gigi.Ada tak sesiapa yang last sekali check gigi masa sekolah rendah?Tu pun sebab terpaksa.





1 Comment:

  1. Kat mana mahu beli ubat gigi Darlie Expert White ni di kuala terengganu ?

    ReplyDelete

 

simple and not ugly Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template