Semalam, saya telah kembali melakukan aktiviti sihat yang telah lama saya tinggalkan iaitu joging dan berjalan kaki.Tetapi saya hanya mampu berjoging selama 10 minit sahaja & selebihnya saya hanya berjalan kaki.
Ini adalah antara kemudahan yang disediakan di taman ini:-
Selain trek untuk berjoging & berjalan, disini juga ada disediakan trek batu refleksologi untuk kita melakukan sendiri urutan refeleksologi.Sepatutnya, lebih baik berkaki ayam tapi sebab malas nak bukak stokin pijak saja tapi tetap rasa sakit.Ada orang kata kalau sakit berjalan atas batu ini tandanya banyak penyakit tetapi belum dapat dibuktikan kesahihannya.Ini juga adalah salah satu kaedah perubatan kuno kerana orang zaman dahulu melakukan refleksologi dengan berjalan di atas batu kerikil @ batu kasar untuk mengembalikan dan mengekalkan keseimbangan badan.
Di rumah saya menyambung lagi senaman dengan membuat sit-up selama lebih kurang 15minit.
0 Comment:
Post a Comment