Monday, August 26, 2013

Watson @ Guardian

1 Comment
Semalam pergi ke dua tempat kegemaran aku iaitu farmasi guardian dan watson.Kebetulan dekat Kuala Terengganu kedua-dua tempat bertentangan jalan aje.Jadi senang kerja parking kereta satu tempat je.Misi utama adalah untuk mencari dua barang yakni penimbang digital dan krim tumit kaki.Tempat pertama yang aku tuju mestilah Watson sebab aku ada member card jadi bolehlah kumpul point.Tapi cari punya cari tiada pula dijual penimbang baik digital mahupun analog.Jadi aku hanya membeli krim tumit kaki disebabkan rekahan tumit kaki semakin teruk.Malu beb!Sebenarnya dulu aku pernah mencuba Elgyplus tapi tidak berkesan.Mungkin masalah tumit merekah ini sudah serius.Tahap 4 mungkin.Jadi aku bercadang untuk bertukar kepada jenama yang agak popular jugak iaitu School.

Selesai di Watson aku melintas jalan ke Guardian dan kebetulan Guardian ada sales untuk pembelian beberapa ringgit ke atas akan dapat cash voucher.Survey punya survey adalah ternampak penimbang digital kat sini.Ada 2 jenis,satu ada gambar Mickey Mouse dan satu lagi  plain aje.Aku ini jenis pantang tengok benda kiut sikit rasa nak beli tapi bila fikir-fikir balik biarlah beli yang plain sahaja sebab yang Mickey Mouse harga 79.90 berbanding yang plain harganya 59.44 je. Setakat nak buat timbang berat dalam bilik tak payahlah nak bercartoon sangat.


Sunday, August 25, 2013

Metabolisme

0 Comment
Weight Chart
Kalau melihat daripada carta di atas, proses penurunan berat agak perlahan.Dalam masa sebulan, hanya penurunan sebanyak 2.3 kg.Mungkin disebabkan metabolisma agak rendah di bulan puasa.Tetapi aku bersyukur sebab berat tidak naik disebabkan makanan raya.Memang diakui aku agak menjaga makan raya tahun ini walaupun aku hantu kuih raya terutamanya tart & apa-apa biskut yang bercoklat apatah lagi ditambah kekacang.Aku berjaya menahan nafsu terhadap air berkabonat berwarna-warni yang tersusun dalam peti ais,tapi kadang-kadang terkantoi jugak.Nasib baik juga tahun ini ayah tidak menempah sate, kalu tidak mahu 20-30 cucuk jugak aku makan di pagi raya.Jadi sekarang aku perlu meningkatkan tahap metabolisme dan setelah digoogle terdapat beberapa cara seperti:-
  • minum air secukupnya kerana proses metabolisme memerlukan air sebagai 'minyak'.setiap 25kg berat badan memerlukan 1 liter air
  • sentiasa mengambil sarapan yang berkhasiat kerana ianya dapat membantu badan untuk berdungsi dengan lebih baik.
  • bersenam pada waktu pagi seperti joging dapat membantu meningkatkan metabolisme

Thursday, August 22, 2013

Pelan Diet Baru

0 Comment
makan
.
.
.
tak makan
.
.
.
makan
.
.
.
makan
.
.

tak makan
.
.
.
makan
.
.
.
makan
nantikan penerangannya dalam entri seterusnya..

Menu Buka Puasa

0 Comment
Hari ini hari ke-4 puasa 6 dan berbuka dengan hasil air tangan sendiri.Aku masak bubur ayam oatmeal dan buat shake kiwi berries.
Ini bahan-bahan untuk buat shake
  • buah kiwi
  • yogurt berries
  • strawberry milk
  • shake n take blender

Sepatutnya dalam bubur kena letak sayur barulah seimbang tapi kebetulan stok sayur habis jadi terpaksalah guna ayam je.Kuah macam buat sup biasa.

Wednesday, August 21, 2013

Puasa 6 Bulan Syawal

0 Comment
Alhamdulillah hari ini masuk hari ke 3 berkesempatan untuk puasa 6 hari di bulan Syawal.Puasa 6 boleh secara berterusan selama 6 hari ataupun berselang seli bergantung kepada kemampuan masing-masing.Puasa 6 paling awal dimulakan pada 2 Syawal sehingga berakhirnya bulan raya kerana 1 Syawal kita dilarang berpuasa pada hari tersebut.Aku memang sudah merancang untuk berpuasa sebaik sahaja masuk kerja kerana kalau duduk di rumah masa cuti raya memang banyak dugaan & godaannya.Syarat-syarat dan segala adab puasa 6 adalah sama dengan puasa Ramadhan.

Motivasi Diet

0 Comment
Video ni aku jumpa dalam FB..Iklan kat Thailand sana nun...Tengok dan ambiklah sedikit iktibar walaupun ada sedikit tidak kelogikannya...hehe

Wednesday, August 7, 2013

Ramadhan Wrap Up

0 Comment

  • i lost almost 1.6 kg during fasting
  • miss sahur only  a day and i can feel the difference when taking sahur or not
  • going to bazar Ramadhan for two times only 
    berat sehari sebelum raya @ 70kg


Saturday, August 3, 2013

Mood Nak Beraya

0 Comment
Mood nak beraya semakin menjadi-jadi & mood bekerja semakin jatuh merundum...Kalau tengok baju raya yang dijual di merata-rata tempat rasa macam nak terbeli saja tetapi cepat2 aku pujuk hati ini...jangan beli...simpan tahun depan...aku masih gemuk...beli baju secantik mana pun mesti tidak kelihatan menarik terletak dibadan ku yang tidak berfigura ini..... kalau pakai peplum  mesti tak berpinggang kelihatan peplum.....hatta memakai tudung fareeda  mesti tidak kelihatan anggun dengan lebihan lemak di daguku..dan....
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
berat turun lagi tepat pd 70kg pd 26 hari berpuasa...harap target untuk menurunkan sebanyak 2kg pada bulan Ramadhan ini berjaya..



 

simple and not ugly Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template