Kalau melihat daripada carta di atas, proses penurunan berat agak perlahan.Dalam masa sebulan, hanya penurunan sebanyak 2.3 kg.Mungkin disebabkan metabolisma agak rendah di bulan puasa.Tetapi aku bersyukur sebab berat tidak naik disebabkan makanan raya.Memang diakui aku agak menjaga makan raya tahun ini walaupun aku hantu kuih raya terutamanya tart & apa-apa biskut yang bercoklat apatah lagi ditambah kekacang.Aku berjaya menahan nafsu terhadap air berkabonat berwarna-warni yang tersusun dalam peti ais,tapi kadang-kadang terkantoi jugak.Nasib baik juga tahun ini ayah tidak menempah sate, kalu tidak mahu 20-30 cucuk jugak aku makan di pagi raya.Jadi sekarang aku perlu meningkatkan tahap metabolisme dan setelah digoogle terdapat beberapa cara seperti:-
- minum air secukupnya kerana proses metabolisme memerlukan air sebagai 'minyak'.setiap 25kg berat badan memerlukan 1 liter air
- sentiasa mengambil sarapan yang berkhasiat kerana ianya dapat membantu badan untuk berdungsi dengan lebih baik.
- bersenam pada waktu pagi seperti joging dapat membantu meningkatkan metabolisme
0 Comment:
Post a Comment