Sunday, November 17, 2013

17/11/2013

0 Comment



Weight Chart
progress untuk 12 minggu

Sunday, November 10, 2013

Sunday, November 3, 2013

Monday, October 28, 2013

27/10/2013

0 Comment
akhirnya!pecah jugak nombor 68

Sunday, October 20, 2013

Sunday, October 13, 2013

Wednesday, October 9, 2013

Gigi!

1 Comment
Disebabkan sudah 4 tahun tidak mengunjungi klinik gigi,inilah yang telah terjadi kepada gigi aku.Plak@karang gigi terbentuk semula dibahagian depan gigi,biasanya di kawasan gigi depan ini bermasalah mungkin disebabkan kita biasanya banyak mengunyah makanan di sini.Untuk mengelakkan masalah menjadi lebih besar,aku membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor gigi kerana benda ni tak boleh hilang dengan hanya memberus gigi setiap hari.Jadi aku telah membuat rawatan scalling @ cuci gigi di Klinik Azie kerana 4 tahun lepas aku pernah mendapatkan rawatan kat sini.Jadi tak perlu nak bazirkan RM10 nak daftar klinik lain.Bila doktor periksa gigi aku, dia kata gigi aku ok & bebas masalah gingivitis cuma yang karang gigi di bahagian depan tu aje.Doktor ambil masa sekejap saja, lebih kurang 15minit untuk cuci segala kekotoran dan inilah hasilnya selepas rawatan.Gigi dah bersih!
Harga untuk rawatan scalling di klinik ini ialah RM60.Kalau pergi klinik kerajaan rasanya RM3 aje tapi tak sanggup nak berjanggut menunggu.
Jadi bila gigi dah bersih, mesti nak bagi dia kelihatan putih beseri pulak kan.Selepas terpengaruh dengan iklan di TV pasal ubat gigi pemutihan Darlie Expert White rasa nak cuba sebab sebelum ni guna ubat gigi Darlie All Shiny White.Harga RM8.90 beli di Mydin Mall Kuala Terengganu.
Ini gambar perbandingan sebelum & selepas memberus gigi menggunakan Darlie Expert White.
Gambar diambil menggunakan kamera telefon & ditempat yang sama iaitu di meja pejabat. 
-sebelum-
-selepas-
Tips menjaga gigi.
  1. Memberus gigi secara teratur sekurang-kurangnya dua kali sehari.Ada tak orang malas gosok gigi sampai 2-3 hari.Pastikan memberus gigi dengan cara yang betul dengan gerakan dari atas ke bawah.Boleh dipertimbangkan untuk menggunakan berus gigi berbateri@elektrik kerana ianya lebih efektif membersihkan gigi.
  2. Berkumur dengan mouthwash yang mengandungi plax kerana kajian menunjukkan 30 saat berkumur dengan mouthwash dapat membantu menghilangkan plak.Ikut sukalah nak guna brand apapun tapi cuba cari yang mengandung plax.
  3. Menggunakan benang flossing dapat menghilangkan plak yang berada dicelah gigi yang tidak dicapai semasa memberus gigi.Jangan time daging lekat kat celah gigi baru nak floss,seeloknya floss lah setiap hari sebelum gosok gigi.
  4. Berjumpalah dengan doktor gigi anda sekurangnya 6 bulan sekali.Jangan tunggu sakit baru nak pergi! kerana doktor gigi saja yang boleh melakukan rawatan biala karang gigi dah banyak dan melekat di gigi.Ada tak sesiapa yang last sekali check gigi masa sekolah rendah?Tu pun sebab terpaksa.





Tuesday, October 8, 2013

Beware!

0 Comment
ditinggal suami kerana gemuk?!

Sunday, September 29, 2013

Monday, September 23, 2013

Sunday, September 22, 2013

Tuesday, September 17, 2013

Birthday?

0 Comment
hari ini ulangtahun kelahiran ku yang ke-28
sepatutnya aku gembira
tapi aku terasa kekosongan dan kesepian
tapi aku bersyukur aku masih dipanjangkan umur
diberikan kesihatan untuk menikmati kehidupan 

Sunday, September 15, 2013

Tuesday, September 10, 2013

Reason To Live

0 Comment
Biarlah..
Untung batu tenggelam,
Untung sabut timbul,
Pekakkan telinga,
Butakan mata,
Tabahkanlah hati,
Kehidupan mesti diteruskan.

Sunday, September 8, 2013

Tuesday, September 3, 2013

Harga Minyak Naik

0 Comment
Semalam & pagi ini kecoh di facebook yang harga minyak petrol Ron 95 naik 20 sen. Kebanyakan update status marah2 dan tidak puas hati dengan kerajaan sebab naikkan harga minyak.Tapi jika kita fikir dari sudut positif banyak perkara baik yang kita boleh lakukan kesan dari kenaikan harga minyak ini.

  • kita boleh kurangkan dari segi bajet untuk membeli makanan segera seperti KFC, McDonalds,Big Apples Donut,Burger King dsb.
  • kepada yang merokok cubalah berhenti merokok kerana rasanya harga rokok mahal juga 
  • mulai hari ini boleh amalkan gaya hidup sihat dengan berjalan kaki sahaja kalau ingin ke tempat-tempat yang berdekatan.Jimatkan minyak anda!
  • kepada yang satu haluan ke pejabat bolehlah amalkan kongsi kereta.Selain daripada mengurangkan bilangan kereta di jalan raya, indeks pencemaran udara juga boleh diturunkan.

Sunday, September 1, 2013

Monday, August 26, 2013

Watson @ Guardian

1 Comment
Semalam pergi ke dua tempat kegemaran aku iaitu farmasi guardian dan watson.Kebetulan dekat Kuala Terengganu kedua-dua tempat bertentangan jalan aje.Jadi senang kerja parking kereta satu tempat je.Misi utama adalah untuk mencari dua barang yakni penimbang digital dan krim tumit kaki.Tempat pertama yang aku tuju mestilah Watson sebab aku ada member card jadi bolehlah kumpul point.Tapi cari punya cari tiada pula dijual penimbang baik digital mahupun analog.Jadi aku hanya membeli krim tumit kaki disebabkan rekahan tumit kaki semakin teruk.Malu beb!Sebenarnya dulu aku pernah mencuba Elgyplus tapi tidak berkesan.Mungkin masalah tumit merekah ini sudah serius.Tahap 4 mungkin.Jadi aku bercadang untuk bertukar kepada jenama yang agak popular jugak iaitu School.

Selesai di Watson aku melintas jalan ke Guardian dan kebetulan Guardian ada sales untuk pembelian beberapa ringgit ke atas akan dapat cash voucher.Survey punya survey adalah ternampak penimbang digital kat sini.Ada 2 jenis,satu ada gambar Mickey Mouse dan satu lagi  plain aje.Aku ini jenis pantang tengok benda kiut sikit rasa nak beli tapi bila fikir-fikir balik biarlah beli yang plain sahaja sebab yang Mickey Mouse harga 79.90 berbanding yang plain harganya 59.44 je. Setakat nak buat timbang berat dalam bilik tak payahlah nak bercartoon sangat.


Sunday, August 25, 2013

Metabolisme

0 Comment
Weight Chart
Kalau melihat daripada carta di atas, proses penurunan berat agak perlahan.Dalam masa sebulan, hanya penurunan sebanyak 2.3 kg.Mungkin disebabkan metabolisma agak rendah di bulan puasa.Tetapi aku bersyukur sebab berat tidak naik disebabkan makanan raya.Memang diakui aku agak menjaga makan raya tahun ini walaupun aku hantu kuih raya terutamanya tart & apa-apa biskut yang bercoklat apatah lagi ditambah kekacang.Aku berjaya menahan nafsu terhadap air berkabonat berwarna-warni yang tersusun dalam peti ais,tapi kadang-kadang terkantoi jugak.Nasib baik juga tahun ini ayah tidak menempah sate, kalu tidak mahu 20-30 cucuk jugak aku makan di pagi raya.Jadi sekarang aku perlu meningkatkan tahap metabolisme dan setelah digoogle terdapat beberapa cara seperti:-
  • minum air secukupnya kerana proses metabolisme memerlukan air sebagai 'minyak'.setiap 25kg berat badan memerlukan 1 liter air
  • sentiasa mengambil sarapan yang berkhasiat kerana ianya dapat membantu badan untuk berdungsi dengan lebih baik.
  • bersenam pada waktu pagi seperti joging dapat membantu meningkatkan metabolisme

Thursday, August 22, 2013

Pelan Diet Baru

0 Comment
makan
.
.
.
tak makan
.
.
.
makan
.
.
.
makan
.
.

tak makan
.
.
.
makan
.
.
.
makan
nantikan penerangannya dalam entri seterusnya..

Menu Buka Puasa

0 Comment
Hari ini hari ke-4 puasa 6 dan berbuka dengan hasil air tangan sendiri.Aku masak bubur ayam oatmeal dan buat shake kiwi berries.
Ini bahan-bahan untuk buat shake
  • buah kiwi
  • yogurt berries
  • strawberry milk
  • shake n take blender

Sepatutnya dalam bubur kena letak sayur barulah seimbang tapi kebetulan stok sayur habis jadi terpaksalah guna ayam je.Kuah macam buat sup biasa.

Wednesday, August 21, 2013

Puasa 6 Bulan Syawal

0 Comment
Alhamdulillah hari ini masuk hari ke 3 berkesempatan untuk puasa 6 hari di bulan Syawal.Puasa 6 boleh secara berterusan selama 6 hari ataupun berselang seli bergantung kepada kemampuan masing-masing.Puasa 6 paling awal dimulakan pada 2 Syawal sehingga berakhirnya bulan raya kerana 1 Syawal kita dilarang berpuasa pada hari tersebut.Aku memang sudah merancang untuk berpuasa sebaik sahaja masuk kerja kerana kalau duduk di rumah masa cuti raya memang banyak dugaan & godaannya.Syarat-syarat dan segala adab puasa 6 adalah sama dengan puasa Ramadhan.

Motivasi Diet

0 Comment
Video ni aku jumpa dalam FB..Iklan kat Thailand sana nun...Tengok dan ambiklah sedikit iktibar walaupun ada sedikit tidak kelogikannya...hehe

Wednesday, August 7, 2013

Ramadhan Wrap Up

0 Comment

  • i lost almost 1.6 kg during fasting
  • miss sahur only  a day and i can feel the difference when taking sahur or not
  • going to bazar Ramadhan for two times only 
    berat sehari sebelum raya @ 70kg


Saturday, August 3, 2013

Mood Nak Beraya

0 Comment
Mood nak beraya semakin menjadi-jadi & mood bekerja semakin jatuh merundum...Kalau tengok baju raya yang dijual di merata-rata tempat rasa macam nak terbeli saja tetapi cepat2 aku pujuk hati ini...jangan beli...simpan tahun depan...aku masih gemuk...beli baju secantik mana pun mesti tidak kelihatan menarik terletak dibadan ku yang tidak berfigura ini..... kalau pakai peplum  mesti tak berpinggang kelihatan peplum.....hatta memakai tudung fareeda  mesti tidak kelihatan anggun dengan lebihan lemak di daguku..dan....
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
berat turun lagi tepat pd 70kg pd 26 hari berpuasa...harap target untuk menurunkan sebanyak 2kg pada bulan Ramadhan ini berjaya..



 

simple and not ugly Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template