Saturday, June 30, 2012

Pulut Gaul Nyior

0 Comment


Dikeheningan Subuh tatkala penghuni alam sedang enak dilamun mimpi,Pak Mail dan Mak Temah mengagahkan diri bangkit dari tidur.Walaupun sisasisa mengantuk masih ada,mereka terpasa melupakan demi meneruskan tanggugjawab yang ada demi sesuap nasi.Mak Temah terus ke dapur bagi menyediakan juadah sebagai bekalan mereka nanti.Kendi usang diisi dengan air dan ditenggek diatas dapur kayu yang sudah dinyalakan oleh Pak Mail.Sementara menunggu air mendidih Mak Temah mencedok secetong beras pulut,lantas dibasuh untuk ditanak.Itulah menu sarapan Mak Temah dan Pak Mail sejak 40 tahun yang lalu bagi mengisi perut sebelum meneruskan tugas menoreh pokok-pokok getah di ladang getah En.Dorasamy.Setelah air mendidih Mak Temah menuang ke dalam teko yang sudah berisi kopi dan gula.Tungku dapur yang sudah kosong diletakkan pula periuk untuk menanak pulut.Azan Subuh sudah kedengaran dari surau hujung kampung,Mak Temah lekas mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh sementara menunggu pulut siap ditanak.Usai solat,Mak Temah mencedok pulut yang sudah dimasak lalu dimasukkan kedalam bekas plastik untuk digaul bersama kelapa yang telah siap diparut semalam.Setelah pulut bersama kelapa parut digaul sebati, Mak Temah menjadikan pulut tadi seperti sebiji  bola tenis dan disusun dengan rapi ke dalam bekas makanan.Mak Temah mengisi bekas makanan tadi ke dalam bakul bersama termos yang berisi kopi panas untu dibawa sebgai bekalan sewaktu menoreh nanti.


notakaki:sebenarnya cerita di atas tiada kaitan pun dengan yang hidup dan mati...karya di atas tercetus kerana sekarang aku mengidam sangat nak maka pulut gaul nyior...sekian terima kasih...

Saturday, June 23, 2012

nescafe brown & creamy

0 Comment


if you are dying to know more about this range of nescafe, so go ahead and buy some.i promise you will be glad...

 

simple and not ugly Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template