Wednesday, December 31, 2008

Trust Me...I Am A Blogger

0 Comment

Assalamualaikum,

Saya mula berkecimpung dalam dunia blog ini sejak tahun 2008 lagi.Suatu ketika dahulu, saya lebih suka blogwalking sahaja dan tidak mensasarkan mana-mana blog untuk dilabelkan sebagai blog kegemaran.Kebiasaannya blogger akan menulis entri berkenaan kehidupan mereka contohnya sebagai seorang ibu, persiapan untuk bergelar raja & ratu sehari dan juga pengalaman mereka sewaktu melancong di dalam ataupun luar negeri.Ini secara tidak langsung mempengaruhi saya untuk mewujudkan satu laman blog sendiri, tetapi sedihnya saya tiada pengkhususan berkenaan apakah blog saya itu nanti. Sehingga saat dan ketika ini rasanya sudah 4-5 laman blog telah saya cipta, tetapi hanya tinggal kenangan kerana saya sering lupa akan username & password. Jadi untuk blog kali ini saya berazam untuk menjadikannya yang terbaik serta akan menghasilkan entri yang terbaik samaada menggunakan Bahasa Melayu dengan tatabahasa & ejaan yang betul ataupun cuba untuk menghasilkan entri berbahasa Inggeris yang tidak berterabur.

image:google

 

simple and not ugly Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template