Monday, August 26, 2013

Watson @ Guardian

Semalam pergi ke dua tempat kegemaran aku iaitu farmasi guardian dan watson.Kebetulan dekat Kuala Terengganu kedua-dua tempat bertentangan jalan aje.Jadi senang kerja parking kereta satu tempat je.Misi utama adalah untuk mencari dua barang yakni penimbang digital dan krim tumit kaki.Tempat pertama yang aku tuju mestilah Watson sebab aku ada member card jadi bolehlah kumpul point.Tapi cari punya cari tiada pula dijual penimbang baik digital mahupun analog.Jadi aku hanya membeli krim tumit kaki disebabkan rekahan tumit kaki semakin teruk.Malu beb!Sebenarnya dulu aku pernah mencuba Elgyplus tapi tidak berkesan.Mungkin masalah tumit merekah ini sudah serius.Tahap 4 mungkin.Jadi aku bercadang untuk bertukar kepada jenama yang agak popular jugak iaitu School.

Selesai di Watson aku melintas jalan ke Guardian dan kebetulan Guardian ada sales untuk pembelian beberapa ringgit ke atas akan dapat cash voucher.Survey punya survey adalah ternampak penimbang digital kat sini.Ada 2 jenis,satu ada gambar Mickey Mouse dan satu lagi  plain aje.Aku ini jenis pantang tengok benda kiut sikit rasa nak beli tapi bila fikir-fikir balik biarlah beli yang plain sahaja sebab yang Mickey Mouse harga 79.90 berbanding yang plain harganya 59.44 je. Setakat nak buat timbang berat dalam bilik tak payahlah nak bercartoon sangat.


1 Comment:

  1. Penimbang berat ni saya ada beli tapi macam tak betul, berat badan saya kat situ situ je. Tapi bila pakai penimbang berat yang bathroom scale tu lain. Tak tau la mana satu betul.

    ReplyDelete

 

simple and not ugly Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template